Thursday, November 18, 2010

Ukhuwwah Qablal Quwwah~


Diamku tak bererti aku membenarkan

Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan

Bisingku tidak bererti aku menyalahkan

Bukan juga melukakan

Tapi kerana aku amat menyayangimu

Maka aku cuba sedaya yang termampu

Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya

Di bumi yg terbentang luas ini

Kerana sayangku kepadamu

Maka aku cuba... dan terus mencuba!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri

Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan

Andai aku jumpa jalan

Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang

Aku akan! Itu janjiku!

Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris

Terguris dengan tindakanmu

Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya

Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci

Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap

Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu

Namun tiba-tiba aku sedar

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Aku sama saja sepertimu

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku

Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?

Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..

Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..

Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!

Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk

Aku akan terus mencuba

Kerana aku sayang kamu...


UKHUWWAH QABLAL QUWWAH

"UKHUWWAH BUKAN SEKADAR MOTIVASI TETAPI SOLUSI DALAM PERJUANGAN"

nursyuhadamohdshapeni

Wednesday, November 17, 2010

Tarbiyyah Pemimpin~


Bila menyebut tentang pemimpin, kita bercakap tentang pengaruh. Pemimpin mesti individu yang berpengaruh.

Dan bila bercakap tentang pengaruh, kita tidak dapat memisahkannya dengan kepercayaan. Bila orang percaya, pengaruh kita kuat dan kepimpinan kita pun mantap.

Justeru, Rasulullah saw itu, sebelum dilantik menjadi pemimpin (Rasul) pun sudah dipercayai orang sehingga digelar Al Amin.

Berbeza dengan sekarang, setelah dilantik menjadi pemipin, orang semakin hilang kepercayaan.

Dek pandainya bercakap, berhujah dan berkempen, dia terlantik. Tetapi apabila menjadi pemimpin, baru tembelang dan ‘temberang’nya ketara.

Semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal seperti yang dikatakan pada awal tadi, syarat utama seorang pemimpin ialah dipercayai. Itulah yang cabaran dan hambatannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini. Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan:

“We thought we could trust the military,
but then came Vietnam;
We thought we could trust the politicans,
But then came Watergate;
We thought we could trust the engineers,
But then came the Challenger disaster..

Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun profesional. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.

Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.

Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.

Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.

Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti. Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta. Kepercayaan lebih utama.

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, anda boleh lihat betapa kita sering menerima ‘isyarat’ yang berbeza-beza daripada mereka yang bergelar pemimpin. Tidak kiralah pemimpin di peringkat mana – samada di peringkat keluarga, organisasi atau yang lebih daripada itu. Cakap lain, buat lain. Kita sering tertanya-tanya apakah bermuka-muka itu satu skill kepimpinan masa kini?

Malah kelihatan, semakin lama memimpin, semakin pandai pula bercakap berbelit-belit. Cuba kita lihat benar-benar cakap-cakap orang yang bergelar pemimpin – ucapan, kata-kata dan saranannya kekadang berbeza-beza mengikut tempat, audiens dan majlis yang berbeza-beza. Subhanallah… mudah-mudahan Allah selamatkan diri kita menjadi pemimpin yang begitu. Usahkan orang lain, anak isteri sendiri tidak akan akur dan taat!

Semoga kita menjadi pemimpin pada diri dan orang di sekeliling kita, jadilah pemimpin yang benar-benar menerapkan sifat tadhiyyah dalam diri.

Salam 'Eid Adha 1431H

Sejuta Kemaafan dari Hamba yang Hina

nursyuhadamohdshapeni

Sunday, November 14, 2010

Matang Dalam Apa Jua Situasi..


Setiap masalah yang hendak diselesaikan mestilah difokuskan kepada real problem (masalah sebenar) bukan kepada presenting problem (masalah yang zahir). Apabila kita menumpukan kepada real problem ertinya kita sedang berdepan dengan punca masalah yang lebih bersifat dalaman dan ini memaksa kita menyelami soal hati dan perasaan manusia.

Manakala jika kita hanya berlegar-legar di sekitar presenting problem kita hanya terapung di permukaan yakni berdepan dengan akibat sesuatu masalah. Cara kedua ini tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah secara tuntas. Mungkin kita berjaya seketika mengubat akibatnya tetapi masalah itu akan berulang lagi kerana punca sebenarnya tidak diatasi. Hendaklah difahami benar-benar maksud saya ini.

Jika kita ingin menyelesaikan sesuatu masalah, terutamanya yang melibatkan soal perhubungan (komunikasi dan interaksi) dengan orang lain kita hendaklah fokuskan langkah-langkah penyelesaiannya kepada ‘lingkungan pengaruh’ kita bukan ‘lingkungan kebimbangan’ kita. Maksud saya, hendaklah kita bertindak pada batas dan keupayaan diri kita sendiri bukan di luar batasan itu.

Hakikatnya, kita hanya mampu mengawal cara berfikir, pertimbangan, keputusan dan tindakan diri kita sendiri bukan fikiran, pertimbangan, keputusan dan tindakan orang lain. Kejayaan mengubah manusia lain bermula dengan kejayaan mengubah diri kita sendiri. Jangan marah kalau orang lain tidak berubah seperti mana kita kehendaki kalau diri kita sendiri juga tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki.

Tegasnya, lihatlah apa yang anda boleh lakukan pada diri sendiri terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini kemudian dengan sendirinya pengaruh kita untuk mengubah orang lain akan meningkat.

Untuk berjaya dalam perhubungan sesama manusia kita hendak memahami orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan memahami kita. ‘First seek to understand than to be understood’ – pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Inilah adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan. Jika prinsip ini dilanggar, krisis dalam perhubungan akan berlaku. Maksudnya, kita mestilah terlebih dahulu menjadi ‘telinga’ daripada menjadi ‘mulut’.

Dengar, fahami, hayati, simpati dan kalau boleh empati terhadap apa yang selalu diperkatakan oleh orang lain. Jangan terlalu gopoh hendak menyuarakan isi hati, pandangan dan idea kita… nanti kita tidak akan difahami. Tetapi bersabarlah, dengar dahulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain samada yang disuarakan dalam bentuk lisan atau perbuatan. Tidak semestinya mereka benar… tetapi fahamilah kenapa dan mengapa mereka berpendirian begitu.

Jika mereka yang benar, ini adalah peluang kita untuk mengakui kesalahan dan mula membaiki diri sendiri. Oh, rupanya aku yang menjadi punca masalah. Sebaliknya jika tidak, kita mempunyai peluang untuk menyuarakan ‘kebenaran’ kita dengan lebih tenang, matang dan diterima setelah sekian lama anda sabar mendengar. Ingatlah, ‘what you give, you get back’ – kita akan mendapat semula apa yang kita berikan.
Jika kita sanggup sekian lama mendengar pandangan orang lain, pasti cepat atau lambat pintu hati orang lain akan terbuka untuk mendengar pandangan kita. Ah, selama ini dia begitu sabar mendengar segala pandanganku apa salahnya kalau sekarang aku pula mendengar pandangannya, begitulah nanti suara hati mereka terhadap kita. Ingat, mengamalkan prinsip ini tidak akan merugikan kita, kata orang ‘tidak kalah dengan mengalah’ sebab kuasa mendengar lebih kuat dari kuasa bercakap. Mungkin kerana itu agaknya Allah kurniakan kita dua telinga berbanding satu mulut!

Kemudian, lihat masalah dengan peluang mendapat didikan di sebaliknya. Masalah hakikat adalah agenda pembelajaran dan pendidikan yang datang ‘direct’ daripada Allah untuk membangunkan diri kita. Manusia berkembang dan berkemajuan dengan melangkah anak tangga masalah demi masalah dalam hidupnya. Ini ‘syllbuss’ pelajaran yang anda tidak boleh mengelakkan diri.

Jika dicuba juga… kita akan menghadapi ‘sylbuss’ yang sama melalui peristiwa, manusia dan situasi yang lain. Ingat, masalah ialah anak tangga kehidupan. Jika anda merungut, kenapa aku terpaksa melaluinya, anda akan terus melekat di anak tangga itu. Jika kita cuba melompat, kita akan jatuh tersembam. Kata orang, jangan berlari ketika menaiki tangga.

Jadi, selalu sematkan di hati, bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya telah melalui agenda demi agenda yang sarat dengan dalam episod kehidupan mereka. Malangnya, kita selalu melihat apabila mereka telah sampai ke puncak tetapi ketika mereka mendaki di lurah atau tersembam ke lembah… tidak ada siapa yang tahu, apalagi ingin belajar darinya.

Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Cuma ia didatangkan melalui perlakuan dan sikap manusia. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya… Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.

Sedangkan hakikatnya, pakar-pakar psikologi, motivasi dan pendidikan sepakat mengatakan bahawa manusia lebih kuat daripada apa yang mereka sendiri jangkakan. Cabarannya ialah kebanyakan manusia tidak tahu bagaimana menggunakan sepenuhnya potensi akal, hati dan perasaan mereka untuk mengatasi masalah-masalah seterusnya berjaya dalam hidup.

Ya, “we can’t direct the wind, but we can adjust our sails” – kita tidak dapat mengawal arah haluan angin, tetapi kita mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Baiklah, cuba amalkan semua prinsip-prinsip di atas dalam menghadapi masalah kita. Sengaja saya luaskan horizon pemikiran dan ruang jiwa dengan beberapa prinsip penyelesaian masalah supaya kita sama-sama berfikiran dan berjiwa besar dalam menghadapi kehidupan.

Walaupun langkah ini kekadang dilihat lebih bercorak falsafah berbanding aplikasi, tetapi percayalah ia akan menolong anda untuk menghadapi hidup ini secara lebih pro-aktif. Tips-tips ‘direct’ untuk menyelesaikan masalah tidak akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya jika soal hati dan pemikiran masih sempit dan tertekan. Sebaliknya, jika hati telah tenang, fikiran telah lapang, kita akan jadi lebih kuat, kreatif dan sabar untuk menyelesaikan masalah. Malah, ada kalanya masalah belum pun diselesaikan… tetapi kita rasa seolah-olah telah selesai justeru tekanan dan himpitan masalah itu sudah kurang impaknya akibat jiwa dan fikiran kita yang telah dibangunkan. Benarnya kata pepatah, cita-cita besar akan mengecilkan masalah.

Gunakanlah prinsip ‘ujian dalah satu didikan Tuhan’. Tuhan sedang mendidik manusia melalui manusia. Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah dan orang yang menjadi punca ujian kita adalah guru kita. Ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripadanya. Hadapilah ujian ini dengan mencari maksud di sebalik takdir Allah ini.

Jangan mengeluh, kenapa manusia lain jadi begitu, begini … itu selamanya akan melekatkan kaki kita pada anak tangga ujian itu. Jangan memberontak, kerana kita tidak dapat mengubah realiti… dan kita terjun dari anak tangga yang anda berada sekarang. Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya. Aku tidak akan menunggu hingga semua manusia jadi baik barulah aku menjadi baik. Yang penting aku cuba jadi yang manusia yang baik.

Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan, menenangkan diri kita sendiri.

Kita telah menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa kita. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan. Dan inilah maksud didikan Allah ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (co-existence) di atas dunia ini. Mungkin hikmahnya, agar manusia belajar sesama manusia untuk merasa kesan didikan-Nya!

Salam Muhasabah...

Ya Allah bantulah aku untuk mencari diriku yang sebenar..

Kekuatan hanya padaMU..



Monday, November 1, 2010

.::DUHAI HATI::.



Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.

Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?

Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.

Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?

Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.

Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?

Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.

Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?

Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?

Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?

Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Wednesday, September 8, 2010

ISTIQAMAH;menjana proses penTARBIYYAHan.

Begitu cepat masa berlalu...Ramadan hampir meninggalkan kita..masih adakah lagi Ramadan untuk kita? Adakah ini Ramadan yang terakhir??
Aku melangkahkan kaki dengan gagah menuju ke masjid bersama ibu..terasa sayu dan sedih Ramadan bakal berlalu...malam-malam terakhir patut dimanfaatkan sebaiknya...Imam di masjid mengalunkan bacaan surah dari Juzu' 4 membuatkan aku bertambah hiba lantaran telah lama aku tidak menyelak malah 'iadah juzu'-juzu' yang lepas...otak ligat memikirkan dimanakah syabab-syabab yang 'kucari'? Imam-iman di masjid semuanya berpangkat 'veteran'..fantazirus sa'ah..aku akan memacu perubahan!

Seusai solat tarawih 4 rakaat, Imam yang bertugas lantas memberikan tazkirah pendek..bak kata adikku Iman "ni imam favourite Iman...Iman suka imam ni.." fanatik sungguh adikku dengan Imam-Imam di Masjid...alhamdulillah...jangan fanatik pada pemain bola sudah..
Tazkirah yang disampaikan oleh Imam berkenaan sangat-sangat bertepatan dengan fenomena raya yang bakal menjelang, umat Islam semakin melupakan Ramadan yang bakal pulang...

Antara isi tazkirah yang sangat memberi kesan pada hatiku, aku berdoa moga-moga hati-hati masyarakat yang mendengar tazkirah itu turut tersentuh..insya Allah
adakah berkesan tarbiyyah yang kita lalui sepanjang sebulan di Madrasah Tarbiyyah Ramadan?
Tanya pada diri dan muhasabah di penghujung Ramadan...adakah Ramadan kali ini adalah yang terbaik ataupun Ramadan kali ini lebih teruk dari Ramadan yang lepas? Sebagai mahasiswa di DQ, bulan Ramadan bertandang bersama dengan 'demam' exam dan bermacam-macam taklifat lain dalam program-program yang bakal dilaksanakan...menguji jasad dan hati..

Sejauh mana tarbiyyah yang kita lalui bakal menjadi benteng untuk kita menempuh 11 bulan yang mendatang dengan cabaran dan mehnah yang pelbagai..kita lihat apa yang akan berlaku pada 1 Syawal...adakah kita masih istiqamah untuk solat subuh berjemaah? adakah kita akan istiqamah dengan solat di awal waktu? adakah kita akan istiqamah dengan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 maqra' sehari? adakah kita akan istiqamah dengan solat-solat sunat? semua persoalan yang perlu dirungkaikan sendiri....

'Apa selepas Ramadan?"
kembali pada diri sebelumnya atau mampukan berlaku baik atau terus menerus menambah baik? Pertanyaan yang perlu dipertimbangkan...
banyak persoalan yang menjadi renungan di malam-malam terakhir Ramadan...sayu untuk melepaskan...menggamit Syawal dengan seribu satu persoalan.
Bermacam-macam kepelikan yang akan berlaku seusai Ramadan berlalu pergi...
orang ramai berbondong-bondong ke masjid untuk solat tarawih tetapi solat fardhu yang wajib diabaikan...masjid dan surau-surau kembali lengang tanpa jemaah...

Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna...
Jangan mudah berasa puas hati dengan ibadah yang kita lakukan...bukan semua ibadah yang kita lakukan diterima Allah...tetapi usaha yang gigih perlu dan doa semoga amalan kita diterima Allah..perlukan kesabaran yang tinggi..

dan bersabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan...
surah HUD;113
Bersabarlah sepanjang Ramadan, ialah keupayaan mengawal diri dan tindakan.
Bersabarlah wahai sekalian kita dalam beribadah, dalam belajar untuk menjadi terpelajar.
Bersabarlah wahai sekalian kita dalam berdakwah, agar penolakan yang berlaku tidak mendorong kita mencari jalan pintas yang menggugat istiqamah.
Bersabarlah dengan segala ujian yang mendatang...
Bersabarlah. Tiada sabar kecuali dengan Allah, tiada sabar kecuali dengan melazimkan diri bersama Allah, tiada sabar kecuali sabar untuk Allah, dan jangan sekali-kali berlaku sombong dengan menyabarkan diri DARIPADA Allah.
Berat sungguh pengucapan istiqamah ini. tidak hairanlah Nabi Sallahu'alaihiwasallam naik beruban kerana memikirkannya...
"apa yang telah menjadikan engkau tua beruban? tanya sahabat kepada baginda.
"Aku telah diubankan (dituakan) oleh surah Hud..."
Kata-kata baginda yang dalam sepotong hadis yang direkodkan daripada Ibn Abbad r.a. itulah surah Hud, surah yang memperkatan tentang istiqamah, bahawa setelah hati disentuh iman, hidup bersama iman dan akhirnya mati bersama iman.
bagaimanakah Ramadan dan segalanya boleh kekal hingga ke penghujung, khawatim yang hasanah?
minal 'aideen wal faaizeen.
maka cerminlah keadaan diri kita semua. apakah kita telah kembali kepada fitrah diri yang sebenar selepas Ramadan ini? seandainya tidak, ungkapan-ungkapan itu hanyalah sebagai satu ejekan. mengejek diri sendiri yang jelik, kerana menyarungkan pakaian sutera, pada 'tunggul manusia' yang tiada harga.
moga benar-benar kita ini kembali kepada fitrah, sebelum kita kembali kepada Allah. kerana itu sahaja erti Faa'izeen, erti yang sesungguhnya.
SALAM PENUH KEMAAFAN andai diri ini tersilap kata, tersalah bicara, harap dimaafkan.
Moga kita ditemukan lagi dengan Ramadan akan datang..insya Allah.

Wednesday, June 30, 2010

::.Mujahid Setia.::

bangkitlah mujahid bangkitlah
rapatkan barisan rapatkan
ayunkanlah langkah perjuangan
mati syahid atau hidup mulia
siapkan dirimu siapkan
gentarkan musuhmu gentarkan
takkan pernah usai pertarungan
hingga ajalkan menjelang
anjakan rasa takut dan gentar
walau raga kan meregang nyawa
kerna Allah kan janjikan syurga
untukmu mujahid setia
teruskan bangkit untuk ISLAM!
buang segala kesedihan,rendah diri.
bina kekuatan dalaman dan luaran
kuasai persekitaran
jangan biarkan emosi mengatasi situasi.
serikandi mujahid setia,
nursyuhadamohdshapeni
layarmujahidah.blogspot.com

Tuesday, June 29, 2010

::.Terbang Tinggi.::

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah

Jam menunjukkan hampir 11.10 malam, Allah mengilhamkanku untuk mencoretkan kata hati yang tidak bersuara, terasa jari ini kaku untuk menari diatas keyboard, terasa 'step' yang dilakukan 'sumbang' dek kerana begitu lama tidak mengadap komputer di rumah.



Setelah diasak berkali-kali oleh sahabat-sahabat a.k.a peminat blog ana kot..;

"bila nak edit blog..?

"dah bersarang sangat da tu,entah-entah sarang lebah pun ada kot.."

Apakan daya, kehidupan sebagai mahasiswi Darul Quran amat 'pack'...jadual kelas, aktiviti persatuan, usrah, semuanya mengajar ana untuk terbang lebih tinggi.



Teringat pada bait-bait kata;

"..jangan takut untuk terbang tinggi..walaupun kita sering jatuh dan tercedera apabila terbang tinggi, tapi kita dapat nikmat berusaha dan tidak mengenal erti putus asa, jika kita tak mencuba manakan kita akan dapat tahu hasilnya.."



Syukran yang tidak terhingga kepada semua adik-beradik usrah DQ! Penguat semangatku! Misi kita menggegarkan DQ belum selesai..Ayuh! Gegarkan DQ bermula denagn usrah kita! "AKU PEDULISME"

Kepada Adik-beradik Soff Kepemimpinan PERKEMAT DQ 09/10 yang banyak mengajar dan mendidik ana menjadi insan yang berani untuk 'terbang tinggi', belajar 'merawat sayap' sendiri apabila 'tercedera atau patah'. Ayuh sama-sama Memacu Perubahan di bumi tarbiyyah DQ!



Segalanya bermula dengan diri kita sendiri, ayuh fikirkan..

Ana nak bawa semua kembali ke alam nostalgia semasa kita bersekolah kecik-kecik dulu lebih kurang darjah 3 kalau tak silap.

Ingat lagi tak lagu "Bangau Oh Bangau"?

dah start nyanyi da tu, mesti ingat kan..



Jom kita 'nyanyi' lagu ni dengan mata HATI..

Jika kita teliti kembali lagu penuh nostalgia ini, ia mengisahkan tentang seekor bangau yang kurus, dan ditanya kenapa dia kurus, dia menjawab ikan tidak timbul di dasar sungai..sehingga berlanjutan kepada seekor ular yang meng'stop'kan lagu ini, kalau tidak kerana ular, lagu ini akan terus ter'play' sampai tidak tahu bila masanya untuk 'pause' atau 'stop'.



Apa ada dengan lagu kanak-kanak ini? Ana begitu tertarik sekali..

Jika ditanya apa 'khulasoh' dari lagu ini, pasti ramai yang akan memberi jawapan yang amat tepat sekali..

JANGAN SUKA SALAHKAN ORANG LAIN

That's right, but we must really understand the pharse.



Melihat kepada konteks masyarakat hari ini, apabila satu-satu isu dihebahkan, jari akan mula memainkan peranan, menyalahkan orang lain kerana tidak bertanggungjawab.

Dalam konteks kita sebagai pelajar, sebagai orang yang dipimpin atau kita yang memimpin, sikap ini harus dibuang jauh kedalam laut yang luas.


Apabila kita berhadapan dengan masalah, seharusnya kita mencari jalan penyelesaian kepada masalah bukannya mencari siapa yang salah.

Adalah tidak wajar apabila kita hanya tahu berdebat dan mencari salah orang lain tanpa memikirkan jalan keluar. Antara sifat seorang pemimpin adalah dia berupaya menganalisis pelbagai persoalan serta dapat memahami dan bertindak dengan baik terhadapnya. Sikap berlapang dada(salamatus sodri) amat penting sehingga ia merupakan rukun ukhuwwah yang pertama.

"...hendaklah kamu bermaafan dan berlapang dada.
Adakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?" ~surah an-nur 22~

Kesilapan yang kita lakukan adalah tarbiyyah dari Allah, supaya kita sedar itu adalah satu kesilapan yang tidak patut diulang kembali. Ujian menjadikan kita lebih matang untuk berfikir.

Belajar untuk terbang lebih tinggi..
Ada kalanya provokasi dari luar menjadi asakan untuk kita bertindak lebih rasional, bukan dipengaruhi oleh emosi.

Berjuang di jalan ALLAH, kita tidak akan dihamparkan dengan karpet merah, mahupun dikalungkan dengan bunga yang indah, tapi perjuangan ini amat pahit dan payah untuk ditempuh, dengan duri-duri yang sering mencucuk dan menunggu untuk mencucuk kita.
Moga Allah thabatkan dan perteguhkan hati-hati kita pada jalanNYA.

Kita mohon pada Allah agar menjadikan di sebaliknya kebaikan dan manfaat untuk 'amal islami dan bagi mereka yang bekerja secara benar untuk islam dari kalangan generasi kini dan generasi berikutnya. Semoga Allah mengurniakan keikhlasan, kebenaran, taufiq, ketetapan dalam urusan serta keazaman di atas kebaikan.

Ya Allah terimalah permohonan kami!

nursyuhadamohdshapeni
layarmujahidah.blogspot.com
al-faqeerah ila rabbi

Thursday, March 25, 2010

...sampai MATI...

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam'alaik kepada semua pejuang dan penyambung mata rantai perjuangan RASULULLAH..Alhamdulillah...kita masih diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk bernafas..berfikir...berdebat...bergerak kerja...ber'brainstorming'...ber...macam-macam lagi...
TAPI..

manusia memang sering alpa dan lalai dari nikmat yang Allah kurniakan...sesekali terpacul kata-kata yang berpunca dari dosa kita sendiri...
"kenapa hari ni rase bosan...boring sangat??.."
"rase macam hari-hari berlalu sia-sia je..."
pernahkah kita menuturkan kata-kata seperti ini? ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM..

dulu..
monolog hati : "Ya Allah...hari ni tak baca Quran lagi...patut la rasa tak tenang je...
Quran menjadi satu KEPERLUAN...menghidupkan HATI yang gersang...Quran sumber inspirasi..sumber ketenangan...rasa perasaan luar biasa apabila membaca dan menatapnya..

TAPI!!!

sekarang...
monolog hati: "Ya Allah...hari ni aku tak cukup modal lagi?? Macam mana nak tasmi' ni??...
"Ya Allah...exam da nak dekat...aku tak habis mengulang lagi!!
"Ya Allah...kalau tak habis muqorror tak boleh masuk exam...Quran oh Quran..

Quran dah jadi satu KEWAJIPAN...bila nak exam baru terkejar-kejar habiskan muqoror atau silibus...bila hampir exam syafawi@tahriri keluarlah bermacam-macam soalan "spot Quran"...awal surah,awal maqra',awal juz...bila masa untuk tadabbur???...sungguhnya kita amat jauh dengan isi Quran yang sebenar..
'Iadah sebab exam..Quran menjadi satu kegelisahan...salah siapa??? Salah sistem atau salah diri sendiri??

di akhirat nanti kita akan ditanya...MENGULANG WAJIB!!

SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN...
sama-sama kita muhasabah...korek en see diri kita...apa khabar Quran kita sekarang???
baru hafal sikit da malas nak 'iadah...belum khatam 30 juz lagi...Ya Allah!!

marilah kita kembalikan Quran sebagai satu KEPERLUAN disamping KEWAJIPAN
Umat di luar sana amat-amat memerlukan Quran "bergerak"..
sama-sama kita manfaatkan masa cuti yang ada dengan 'iadah sebanyak-banyaknya...

'IADAH SAMPAI MATI...BUKAN SETAKAT MASYI...

SALAM MUJAHADAH BUAT SAHABAT-SAHABAT...
SALAM 'IADAH..

ana teringat tema semasa ana di"mafateh"kan awal masuk ke DQ...
"KERANA ISLAM TERCINTA..QURAN TERSEMAT DI DADA"
sama-sama kita realisasikan dalam diri kita...
alfaqirahilaAllah
nursyuhadamohdshapeni

Monday, March 22, 2010

Allah Pasti Memberikan yang Terbaik

Bismillahirrahmanirrahim..salam'alaik kepada semua pengunjung dan kepada semua JUNDI-JUNDI ISLAM...teruskan SEMANGAT PERJUANGAN untuk ISLAM!!

Setiap manusia pastinya selalu menginginkan yang terbaik dalam hidupnya. Mendapat segala yang terbaik dan mengusahakan sesuatu yang terbaik, baik untuk dirinya mahupun untuk orang-orang yang tersayang..

Salah satu sifat seorang Muslim ialah selalu memohon dan meminta pada Allah, Zat yang Maha Kuasa. Satu persepsi dan pegangan bagi seseorang yang berpegang teguh bahawa jika mahukan sesuatu, mintalah pada Allah kerana Dia tidak pernah menghampakan. Minta pada manusia, sekali dua kali, mungkin diberinya, tapi mungkin tidak pada permintaan yang berikutnya...tetapi jika berkehendakkan sesuatu, mintalah pada Allah, kerana Dia pasti tidak jemu dan bosan untuk menunaikannya, terkadang juga tidak diminta, diberi-Nya pula. Mungkin terselit ungkapan tulus dalam bait-bait kata dalam banyak-banyak doa yang dipohon kepada Illahi..."Ya Allah berilah yang terbaik untukku..." Tapi terkadang manusia lupa, terkadang yang dirasakan terbaik untuk diri kita menurut kacamata kita adalah yang terbaik untuk kita menurut pandangan Allah.

"....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..."

Sebaliknya, berkatalah..."Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku, yang Engkau rasakan terbaik untukku..."

Terkadang juga manusia itu lupa bahawa yang dilaluinya dan diterimanya itulah yang diminta daripada Allah. Kita terkadang sering lupa, yang datang itulah yang terbaik untuk kita. Tanpa kita pinta, sesuatu ujian yang amat berat datang menjengah untuk mewarnai kehidupan dan menguji kesabaran kita.

Suatu ujian yang dirasakan berat untuk dipikul dan terasa hilang kesabaran menghadapinya. Ujian yang kita tidak minta tetapi ia datang. Sedangkan kita lupa bahawa ujian itulah yang kita minta dari Allah, sesuatu yang 'terbaik' untuk kita. Ibrah yang terbaik buat kita..untuk menjadikan kita yang 'terbaik' pada pandangan Allah. Begitulah setiap yang 'terbaik' itu, amat tinggi nilainya di mata Allah, tiap sesuatu yang 'terbaik' itu juga amat tinggi pengorbanannya pada Allah, tinggi pada diri kita, adakah kita sanggup untuk menghadapinya untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik itu serta sentiasa berbaik sangka kepada Allah atau sebaliknya...

Setiap ujian yang datang pada kita adalah TARBIYYAH dari Allah...kadang-kadang Allah mewasilahkan manusia untuk mentarbiyyah kita, tapi hakikatnya ia datang dari Allah. Jika kita mudah melatah dengan tarbiyyah yang datangnya dari manusia, bagaimana untuk kita menghadapi TARBIYYAH yang datangnya terus dari Allah?? Amat jauh sekali..sama-sama fikirkan... TARBIYYAH amat penting dalam kita membina jiwa seorang hamba dan khalifah. TARBIYYAH itu bersifat PERLU, bukan MAHU. Relakan dan sediakan diri kita untuk diTARBIYYAH..

Janganlah kita menjadi hambanya yang kufur akan nikmat-nikmatNya, hanya kerana belum diberi apa yang diinginkan. Yakinlah, Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hambaNya. Lihatlah sisi positifnya dari setiap keadaan kita.

"tarbiyyah bukan segalanya, tapi segalanya bermula dengan tarbiyyah"
salam perjuangan,
salam ukhuwwah fillah,
alfaqirah ilaAllah,
nursyuhadamohdshapeni