Wednesday, September 8, 2010

ISTIQAMAH;menjana proses penTARBIYYAHan.

Begitu cepat masa berlalu...Ramadan hampir meninggalkan kita..masih adakah lagi Ramadan untuk kita? Adakah ini Ramadan yang terakhir??
Aku melangkahkan kaki dengan gagah menuju ke masjid bersama ibu..terasa sayu dan sedih Ramadan bakal berlalu...malam-malam terakhir patut dimanfaatkan sebaiknya...Imam di masjid mengalunkan bacaan surah dari Juzu' 4 membuatkan aku bertambah hiba lantaran telah lama aku tidak menyelak malah 'iadah juzu'-juzu' yang lepas...otak ligat memikirkan dimanakah syabab-syabab yang 'kucari'? Imam-iman di masjid semuanya berpangkat 'veteran'..fantazirus sa'ah..aku akan memacu perubahan!

Seusai solat tarawih 4 rakaat, Imam yang bertugas lantas memberikan tazkirah pendek..bak kata adikku Iman "ni imam favourite Iman...Iman suka imam ni.." fanatik sungguh adikku dengan Imam-Imam di Masjid...alhamdulillah...jangan fanatik pada pemain bola sudah..
Tazkirah yang disampaikan oleh Imam berkenaan sangat-sangat bertepatan dengan fenomena raya yang bakal menjelang, umat Islam semakin melupakan Ramadan yang bakal pulang...

Antara isi tazkirah yang sangat memberi kesan pada hatiku, aku berdoa moga-moga hati-hati masyarakat yang mendengar tazkirah itu turut tersentuh..insya Allah
adakah berkesan tarbiyyah yang kita lalui sepanjang sebulan di Madrasah Tarbiyyah Ramadan?
Tanya pada diri dan muhasabah di penghujung Ramadan...adakah Ramadan kali ini adalah yang terbaik ataupun Ramadan kali ini lebih teruk dari Ramadan yang lepas? Sebagai mahasiswa di DQ, bulan Ramadan bertandang bersama dengan 'demam' exam dan bermacam-macam taklifat lain dalam program-program yang bakal dilaksanakan...menguji jasad dan hati..

Sejauh mana tarbiyyah yang kita lalui bakal menjadi benteng untuk kita menempuh 11 bulan yang mendatang dengan cabaran dan mehnah yang pelbagai..kita lihat apa yang akan berlaku pada 1 Syawal...adakah kita masih istiqamah untuk solat subuh berjemaah? adakah kita akan istiqamah dengan solat di awal waktu? adakah kita akan istiqamah dengan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 maqra' sehari? adakah kita akan istiqamah dengan solat-solat sunat? semua persoalan yang perlu dirungkaikan sendiri....

'Apa selepas Ramadan?"
kembali pada diri sebelumnya atau mampukan berlaku baik atau terus menerus menambah baik? Pertanyaan yang perlu dipertimbangkan...
banyak persoalan yang menjadi renungan di malam-malam terakhir Ramadan...sayu untuk melepaskan...menggamit Syawal dengan seribu satu persoalan.
Bermacam-macam kepelikan yang akan berlaku seusai Ramadan berlalu pergi...
orang ramai berbondong-bondong ke masjid untuk solat tarawih tetapi solat fardhu yang wajib diabaikan...masjid dan surau-surau kembali lengang tanpa jemaah...

Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna...
Jangan mudah berasa puas hati dengan ibadah yang kita lakukan...bukan semua ibadah yang kita lakukan diterima Allah...tetapi usaha yang gigih perlu dan doa semoga amalan kita diterima Allah..perlukan kesabaran yang tinggi..

dan bersabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan...
surah HUD;113
Bersabarlah sepanjang Ramadan, ialah keupayaan mengawal diri dan tindakan.
Bersabarlah wahai sekalian kita dalam beribadah, dalam belajar untuk menjadi terpelajar.
Bersabarlah wahai sekalian kita dalam berdakwah, agar penolakan yang berlaku tidak mendorong kita mencari jalan pintas yang menggugat istiqamah.
Bersabarlah dengan segala ujian yang mendatang...
Bersabarlah. Tiada sabar kecuali dengan Allah, tiada sabar kecuali dengan melazimkan diri bersama Allah, tiada sabar kecuali sabar untuk Allah, dan jangan sekali-kali berlaku sombong dengan menyabarkan diri DARIPADA Allah.
Berat sungguh pengucapan istiqamah ini. tidak hairanlah Nabi Sallahu'alaihiwasallam naik beruban kerana memikirkannya...
"apa yang telah menjadikan engkau tua beruban? tanya sahabat kepada baginda.
"Aku telah diubankan (dituakan) oleh surah Hud..."
Kata-kata baginda yang dalam sepotong hadis yang direkodkan daripada Ibn Abbad r.a. itulah surah Hud, surah yang memperkatan tentang istiqamah, bahawa setelah hati disentuh iman, hidup bersama iman dan akhirnya mati bersama iman.
bagaimanakah Ramadan dan segalanya boleh kekal hingga ke penghujung, khawatim yang hasanah?
minal 'aideen wal faaizeen.
maka cerminlah keadaan diri kita semua. apakah kita telah kembali kepada fitrah diri yang sebenar selepas Ramadan ini? seandainya tidak, ungkapan-ungkapan itu hanyalah sebagai satu ejekan. mengejek diri sendiri yang jelik, kerana menyarungkan pakaian sutera, pada 'tunggul manusia' yang tiada harga.
moga benar-benar kita ini kembali kepada fitrah, sebelum kita kembali kepada Allah. kerana itu sahaja erti Faa'izeen, erti yang sesungguhnya.
SALAM PENUH KEMAAFAN andai diri ini tersilap kata, tersalah bicara, harap dimaafkan.
Moga kita ditemukan lagi dengan Ramadan akan datang..insya Allah.

No comments:

Post a Comment