Kita ukir kenangan pada nilai persahabatanWalau daku terkadang alpa akan teman yang merapatiNamun kini segalanya sunyi...Tika kita tidak lagi bersua...Membisikkan kata-kata jua gurau sendaHanya imbauan menjadi nostalgia.Pernah dulu kita berhalaqahBermusyawarah bincang isu semasaBerdebat menahan hujah jua agenda.Kita menyedari dan menyelamiPahit manis susah payah perjalanan iniKita timba segalanya bersamaDengan satu fikrah satu 'amaliKita kutip mutiara kataDari kitab mulia jua hadith NabiJadi pedoman pengukuh ikatanPenghalang dari segala kesesatanKini...segalanya berlalu...Tinggal masa dan saatnya lagiAndai kita berpisah kerana ukhuwwah fillahPasti disana kita bertemu dengan kasihnya...Duhai SAHABAT!!!buat semua sahabatku fillah yang sentiasa disisi...syukran jazilan...salam juang kepada sahabat-sahabat seperjuangan anakhususan ila...sahabat yang jauh diperantauan..NORAINI dan FARAH HANISAHBITTAUFIQ WANNAJAH..KENANG KAMI DALAM DO'A KALIAN...fastabiqul khairaatnursyuhadamohdshapeni
RASULULLAH SAW bersabda; "tidak akan lekang umat ini daripada satu kumpulan yang menzahirkan kebenaran.Mereka tidak dimudharatkan sesuatu selain daripada yang ditakdirkan Allah SWT..." "berbahagialah golongan GHURABA'.."
Saturday, October 17, 2009
Kasih Sahabat..
Saturday, October 10, 2009
Ujian itu Rahsia Allah
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum kepada semua pengujung blog ini,syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk mencoretkan kata untuk manfaat semua. Semoga secebis nasihat ini dapat memberi semangat kepada semua yang membaca. Bukan sekadar membaca tetapi perlu diaplikasikan dalam kehidupan kita..insya Allah.
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalah tersendiri. Allah uji dengan bermacam-macam ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak menambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kiya. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah kenapa kita diuji yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu masalah kita, pada sipapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astaghfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar, kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNa jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia didalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? Berdo'alah pada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah. Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hanbaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdo'a perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri merekan tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah selemah-lemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang TERBAIK!!
p/s: buat adik-adik yang kusayangi, kuatkan semangat untuk menempuh tarbiyyah dari Allah, ujian itu mematangkan kita, moga secebis nasihat dari hamba yang hina ini dapat memberi manfaat kepada semua.

fastabiqul khairaat
nursyuhadamohdshapeni
Subscribe to:
Posts (Atom)