Saturday, November 28, 2009

AYYUHASY SYABAB_

Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum warahmatullah...SALAM AIDILADHA 1430..selawat dan salam keatas junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W...alhamdulillah tahun ini kita sama-sama dapat bertemu dengan Aidiladha..semoga pada tahun hadapan Allah menemukan kita semula dengan hari yang penuh keberkatan ini..insya ALLAH.

Ana ingin berkongsi satu artikel bersama sahabat-sahabat yang bergelar SYABAB atau PEMUDA-PEMUDI PANJI-PANJI ISLAM...para MUJADDID...semoga mendapat manfaat buat semua serta menambah semangat untuk meruskan perjuangan yang penuh mehnah tribulasi.

Dalam kita menghayati makna dan erti PENGORBANAN yang sebenar...lagi abadi dan hakiki...mampukah kita menjadi seperti NABI ISMAIL..saeorang anak,dan remaja yang sanggup berkorban demi ayah dan HAMBA yang patuh pada perintah Allah.

Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.


Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan artis sebagai sanjungan dan ikutan, bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Dengan mudah mereka menyerah kepada seseorang lantaran runtunan hawa hafsu.

Budaya barat bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah menjadikan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yg begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiah islam, mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.

Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi dalam suasana negara dan pemerintahannya mengabaikan peraturan Allah SWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjerumus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang berpegang teguh dengan hukum Allah SWT sahaja akan selamat daripada segala bencana itu.


Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman, serta berakhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi. Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di padang Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan "selamat datang wahai para remaja yang baik".

Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang abadi di Akhirat kelak.

Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu di sebelah kanan. Untuk mereka, disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah Taala menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukmin, berakhlak, sabar dan mempunyai ilmu pengetahuan. Nabi Yusuf terpilih menjadi ketua para belia yg baik budi pekerti kerana Baginda adalah seorang Nabi yg sangat kacak dan tampan.

Ketampanannya menggoda ramai wanita, hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu. Ulamak tafsir menyifatkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam Al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama "Surah Yusuf", yang bukan sahaja menceritakan paras rupa Nabi Yusuf yang tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan Baginda. Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termasyhur, iaitu Nabi Yusuf AS.

Bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan hati Baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang berjaya menghadapi segola godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf di bawah panji-panji hijau di Akhirat kelak. Setelah itu, Allah SWT memuliakan orang-orang yang menjalinkan hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan hati yang ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana sifat yang terpuji itu. Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan pemusuhan.

"PEMUDA,GENERASI TERMAHAL DALAM UMAT"

Kata Prof.Dr.Yusuf Al-Qaradhawi: "Sesungguhnya barang yang termahal di Mesir bukanlah kapas, minyak dan terusan Suez, melainkan para PEMUDANYA."

ALLAHUTA'ALA'ALAM

nursyuhadamohdshapeni

fastabiqulkhairaat


Saturday, October 17, 2009

Kasih Sahabat..

Kita ukir kenangan pada nilai persahabatan
Walau daku terkadang alpa akan teman yang merapati
Namun kini segalanya sunyi...
Tika kita tidak lagi bersua...
Membisikkan kata-kata jua gurau senda
Hanya imbauan menjadi nostalgia.
Pernah dulu kita berhalaqah
Bermusyawarah bincang isu semasa
Berdebat menahan hujah jua agenda.
Kita menyedari dan menyelami
Pahit manis susah payah perjalanan ini
Kita timba segalanya bersama
Dengan satu fikrah satu 'amali
Kita kutip mutiara kata
Dari kitab mulia jua hadith Nabi
Jadi pedoman pengukuh ikatan
Penghalang dari segala kesesatan
Kini...segalanya berlalu...
Tinggal masa dan saatnya lagi
Andai kita berpisah kerana ukhuwwah fillah
Pasti disana kita bertemu dengan kasihnya...
Duhai SAHABAT!!!
buat semua sahabatku fillah yang sentiasa disisi...
syukran jazilan...
salam juang kepada sahabat-sahabat seperjuangan ana
khususan ila...
sahabat yang jauh diperantauan..
NORAINI dan FARAH HANISAH
BITTAUFIQ WANNAJAH..
KENANG KAMI DALAM DO'A KALIAN...
fastabiqul khairaat
nursyuhadamohdshapeni

Saturday, October 10, 2009

Ujian itu Rahsia Allah

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum kepada semua pengujung blog ini,syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk mencoretkan kata untuk manfaat semua. Semoga secebis nasihat ini dapat memberi semangat kepada semua yang membaca. Bukan sekadar membaca tetapi perlu diaplikasikan dalam kehidupan kita..insya Allah.


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalah tersendiri. Allah uji dengan bermacam-macam ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak menambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kiya. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah kenapa kita diuji yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu masalah kita, pada sipapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astaghfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar, kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.


Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNa jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia didalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? Berdo'alah pada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah. Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hanbaNya, Allah itu Maha Mendengar.


Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdo'a perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri merekan tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah selemah-lemahnya.


Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang TERBAIK!!


p/s: buat adik-adik yang kusayangi, kuatkan semangat untuk menempuh tarbiyyah dari Allah, ujian itu mematangkan kita, moga secebis nasihat dari hamba yang hina ini dapat memberi manfaat kepada semua.



fastabiqul khairaat
nursyuhadamohdshapeni

Wednesday, August 19, 2009

~bulan RINDU~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Allah kerana masih memberi kita pinjaman nyawa sekaligus memberi kita nikmat IMAN dan ISLAM serta dua nikmat yang sering dilupakan manusia; nikmat SIHAT dan MASA LAPANG. Seinfiniti kesyukuran juga dipanjatkan kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk ana mencoretkan kata-kata di layarmujahidah ini..

Seminggu masa yang diberikan Allah kepada semua siswa dan siswi Darul Quran haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya...banyakkan muhasabah dan "koreksi" diri kita atas musibah dan ujian yang Allah turunkan kepada kita semua....

Ramadhan bakal menjelma lagi....
Ramadhan yang dinanti penyiram jiwa gersang...
membersih dosa yang bersarang...

Berdoalah pada Allah moga kita semua dipanjangkan umur dalam keberkatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada kali ini sehingga ke penghujungnya...
Mungkin RaMadhan pada kali ini amat berbeza buat diriku kerana setelah hampir 11 tahun berpuasa bersama keluarga tercinta...agak lama juga masa itu..sejak ana mula bertatih dalam mengenal erti puasa..

Kini..ana akan lalui sebulan Ramadhan di tempat yang baru..insya Allah..moga-moga ana dapat mengutip sejuta mutiara berharga disana...Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadhan pada kali ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas...jadikan puasa ini sebagai latihan menguruskan nafsu kita yang telah 11 bulan bersarang dan disogokkan dengan duniawi dan hasutan syaitan semata-mata.

Ramai masyarakat yang memandang puasa dari pelbagai sudut yang berbeza...ada yang memandang puasa ini dapat menjana ekonomi dan kewangan...ada yang memandang dari sudut kesihatan, tidak kurang juga yang memandang dari sudut "adat"yang bersifat ritual tanpa sifat-sifat spiritual.

"what you get is what you see"
Ini bermakna kesan puasa itu bergantung kepada sejauh mana kita "melihatnya". Jika wordwiew kita tentang puasa tepat, maka kita akan mendapat hasil yang tepat juga.
Bersama kita fikir-fikirkan dan muhasabah diri...

Jadikanlah puasa sebagai pusat latihan untuk kita menguruskan nafsu dan mengawalnya "sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.."surah Yusuf.
Jalanilah Ramadhan ini dengan penuh kesedaran,kefahaman dan penghayatan yang tinggi
Allah memberi sesuatu yang lebih tinggi dan mahal harganya di sebalik puasa, tetapi kita manusia leka dengan sesuatu yang rendah dan murah.

Ya,"what you get is what you see"..puasa umpama laut yang luas dan dalam, ada yang melihat sampah dan buih dipermukaanya, ada yang melihat ikan dan hasil laut didalamnya, namun ada yang mampu melihat "emas hitam"(petroleum) didasarnya. Kesan puasa tidak sama pada semua orang. Ia bergantung kepada cara kita melihat, tahap kita berusaha dan kemampuan kita menahan keperitan untuk mendapat rahmat, maghfirah dan barakahnya.

Moga-moga Ramadhan pada kali ini menghadiahkan taqwa yang dijanjikan Allah sejak lama. Bukan "lapar dahaga" seperti yang diterima sekian lama.
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
Wallahu'alam..

Tuesday, July 14, 2009

~dakwah satu keperluan~

Salam'alaik....sekadar berkongsi pendapat...... "dakwah satu keperluan" bukannnya "kewajipan" atas hujah-hujah yang berikut. Niat ana mengeluarkan statement sedemikian bukanlah untuk menafikan atau menidakkan hukum berdakwah itu sendiri iaitu "wajib" dan kita semua pun telah maklum bahawa kewajipan ini tertaklif pada setiap muslimin dan muslimat di setiap masa.

Terutamanya di zaman ini, dakwah itu lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan virus pemikiran dan jahat musuh-musuh Allah swt yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam. Menyeru manusia kepada Allah swt adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendokong dakwah. Allah sebut dalam Al-Quran dalam surah Fushilat ayat 33: "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah swt, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri". Kita juga telah maklum, menyeru manusia kepada Allah swt akan menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar yang tidak ternilai dek fikiran sebagaimana pengakuan Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh H.R. At Tabrani: "Jika Allah swt memberi hidayah kepada seorang lelaki kerana anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari". Begitu juga sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh H.R. At Thahawi yang bermaksud: "Orang yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berkeliling di muka bumi dengan menasihati orang lain".Jadi berbalik pada statement yang ana keluarkan tadi iaitu "dakwah satu keperluan".

Ingin ana kaitkan statement ana ini dengan dua analogi. Kita lihat dahulu analogi yang pertama. Ibaratnya, kita hendak makan. Setiap kali perut kita mula berbunyi dan mula bergendang, fitrah diri kita ini ibarat ter "involuntary action" akan mula dipengaruhi dengan keinginan untuk makan yang membuak. Dan dari situlah bermulanya titik-tolak sebuah ekspedisi pencarian yang direncanakan cukup penting dan cukup mencabar pada ketika itu dimana ekspedisi yang mensasarkan pada hadaf dan niat yang satu, iaitu ekspedisi mencari sesuatu untuk dimakan:contoh( nasi,ayam goreng/golek/ percik,ikan percik/bakar/ kari,air batu campur/cendol) . Cuba kita fikir, bagaimanakah boleh wujudnya tahap keinginan untuk mencari yang sebegini tinggi pada ketika itu? Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kita merasakan makan, pada ketika itu, adalah keperluan yang teramat-amat perlu. Andai katalah pada masa itu makanan tidak dijumpai, maka akan menjadi satu perkara yang amat merunsingkan, merisaukan, menyakitkan dan juga menggeramkan bagi diri kita ini, yang hakikatnya ketika itu memerlukan ubat penenang untuk diberikan pada perut kita yang kini aktif dan terus giat dalam aktiviti bergendangnya. Jadi, oleh kerana keperluan pada ketika itu mengatasi segalanya, kita dengan rela hati+bersungguh- sungguh+sanggup+ berkorban= "ikhlas" akan cuba merealisasikan matlamat ekspedisi kita tadi tanpa disuruh dan dipaksa. Tidak tergambar betapa indahnya satu kepuasan setelah kita berjaya merealisasikan hadaf dan tujuan ekspedisi pencarian itu, tanpa kita di "diktator" dan di "hamba abdi" kan.

Kita lihat pula pada analogi yang kedua. Ibaratnya, kita bersolat. Solat yang menjadi "`imad ad-din" merupakan satu kewajipan terbesar bagi diri kita yang mengaku "mengintima' kan" diri dengan Islam. Kita dapat lihat makhluk yang dicipta oleh Allah yang bernama "manusia" ini, fitrahnya mudah muak dan bosan dengan perkara yang mereka lakukan secara kerap dan berulang-kali. Contoh mudah yang kita dapat lihat ialah solat. Keinginan dan keikhlasan dalam mengerjakan solat kebanyakannya disertakan secara tidak istiqamah dan konsisten. Ada kala solatnya didirikan dengan penuh keikhlasan, keinginan dan bersungguh-sungguh, dan ada kala pula solatnya didirikan dengan penuh kemalasan dan penuh sambil lewa. Inilah konsekuensi dan kesannya jika solat hanya dianggap sebagai satu "kewajipan" semata-mata tanpa menganggapnya sebagai satu "keperluan".Dari sini kita boleh lihat, dua analogi yang cukup berbeza hadaf dan objektifnya tapi sama dari segi permainan "mencari semut"nya.

Apa yang ana nak qiaskan dari kedua-dua analogi ini dengan statement ana, "dakwah satu keperluan" ialah apabila kita menganggap dakwah itu adalah satu benda yang perlu pada diri kita,masyarakat dan negara, kita akan menjadi lebih bersemangat dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah itu sendiri kerana keperluan pada ketika itu mengatasi masa, keadaan dan segalanya tambah-tambah lagi keperluan itu melibatkan diri kita sendiri. Berbeza apabila kita menjalankan dakwah hanya sekadar untuk menunaikan satu "kewajipan". Turun berdakwah hanya sekadar menyahut kewajipan tapi dalam masa yang sama keikhlasan dan kesanggupan tidak disertakan secara konsisten. Mudah sangat rasa muak dan bosan kerana merasakan dakwah hanya sekadar kewajipan semata-mata. Hanya fikir "Lepas dakwah, selesai kerja aku... Lepas dakwah selesai kewajipan aku...". Inilah mentaliti dan ideologi ibarat virus H1N1 yang kita risaukan sekarang yang dikatakan terus menular dan terus merebak.

Ana ingin mengajak sahabat-sahabiah semua untuk melihat dan menilai dari sudut kritikal. Apabila dakwah dinilai sebagai satu kewajipan sahaja, secara pastinya ini akan mendorong kepada lahirnya pemikiran-pemikiran jumud lagi hanyut. Ini terbukti wahai sahabat-sahabiah sekalian! Ramai dai'e-dai'e zaman sekarang ni hanya duduk dalam skop menunaikan kewajipan semata-mata.Sebab itu ana lebih bersetuju, jika kita menilai "dakwah itu lebih sebagai satu keperluan", tapi dalam masa yang sama kita tidak sekali-kali membuang atau mencampakkan hukum wajib untuk berdakwah itu dari minda kita.

Sebenar-benarnya ana ingin mengajak antum semua untuk tajdid minda antum semua bahawa konsep atau teori yang kita pegang sekarang ini penting! dan mampu menentukan segala reaksi yang akan terkeluar dari "output power system" yang ada dalam diri kita. Teringat ana pada salah satu ciri-ciri khusus Islam iaitu "waqieyah" dimana Islam ini amat menitik-beratkan mengenai kesesuaian keadaan tempat,masyarakat dan masa dalam mewajibkan sesuatu hukum.

Apa yang ana ingin highlight kan ialah kesesuaian pada keadaan masyarakat. Kita boleh tengok berapa ramai orang Islam sekarang ni menghayati konsep kewajipan itu sendiri. Jadi, jika kewajipanlah yang menjadi pilihan antum semua dalam melaksanakan dakwah, dan bukannya atas dasar keperluan, sebegitu mudah ana boleh konklusikan bahawa: "dakwah dimuka bumi sekarang ini kurang berjalan atas sebab konsep kewajipan itu sendiri tidak dihayati". Inilah puncanya kalau dakwah itu dinilai hanya sebagai kewajipan semata-mata. Berlainan pula jika kita menganggap dakwah sebagai satu keperluan tanpa mengetepikan hukum wajib itu sendiri.

Ingin ana tekankan semula apa yang ana sebutkan pada analogi ana yang pertama tadi, jika keperluanlah yang kita fikirkan dalam berdakwah maka keperluan itu mampu mengatasi segalanya tidak kira masa dan tempat. Hatta ditimpa dengan pelbagai tribulasi sekalipun, jika dakwah itu dinilai pada keperluan yang perlu dilaksanakan, nescaya percayalah sahabat-sahabiah sekalian, tribulasi tersebut secara mudah antum semua hadapi.Oleh itu, ana ingin mengajak sahabat dan sahabiah semua agar menilai "dakwah ini sebagai satu keperluan dan bukannya kewajipan". Tetapi ini tidak bermakna hukum yang mengatakan dakwah itu wajib diketepikan.

Sekian dari ana. Niat ana sekadar untuk membuka pemikiran antum semua dan dalam masa yang sama ingin juga ana melontarkan pendapat ana bukan atas dasar untuk berdebat. Segala perselisihan pendapat, ana dengan rela hati bersedia untuk berhujah semula mengenai perkara ini dan sedia juga buka perbincangan. Segala kritikan amat ana hargai. Ana harap antum semua "keluarlah dari derita jumud dan cubalah berfikiran analitikal,kritikal dan alternatifikal" .Syukran…

pandangan sisi daripada sahabat seperjuangan ana...

Thursday, April 30, 2009

~Sejuta Kemaafan~


Salam'alaik....buat masa ini layarmujahidah seperti "berhenti beroperasi"??
oh...tidak sama sekali....buat masa ini ana agak sibuk dengan segala persiapan mental dan fizikal...insya Allah ana akan gunakan segala kudrat yang ada untuk berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman bersama kalian....semoga memberi manfaat kepada ISLAM!!
Kesempatan ini ana ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua sahabat dan kenalan yang mengenali ana...sahabat2 di SHAMS..andai selama perkenalan kita ini ada kata2 atau perbuatan ana yang mengguris perasaan ntum dan ntunna semua....mabruuk 'alaik kepada semua yang telah mandapat tempat di Institut Pengajian Tinggi...

Jika kita tolong agama Allah...nescaya Allah akan membantu kita...insya Allah..medan dakwah kita selepas ini lebih luas dan mencabar..jadi persiapan fizikal dan mental itu amat diperlukan...binalah kekuatan dan carilah ilmu dengan sebayaknya...praktikkan ilmu yang kita ada..mohon semoga Allah permudahkan urusan kita...

Do'akan ana dipermudahkan segala urusan menuntut ilmu dan BERJUANG di tempat baru...serta diberi kekuatan...insya Alllah...ana do'akan semoga semua sahabat buat pilihan yang terbaik...ma'attaufiq wannajah buat semua...semoga Allah pertemukan kita lagi...insya Allah..


DARUL QURAN~panggilanmu semakin hampir...




MA'ATTAUFIQ WANNAJAH
SALAM KECEMERLANGAN
BANYAKKAN BERDO'A KEPADA ALLAH
MENUNTUT ILMU DAN BERJUANG ITU PENTING!!
TAKBIR!!
~alfaqir ilallah~
~nursyuhadamohdshapeni~

Sunday, April 12, 2009

Kan Melangkah Kaki Dgn Pasti!!!...

Assalamualaikum...asif jiddan,agak lama juga ana tidak menyinggah ke sini...asif jiddan sekali lagi kepada sesiapa yang datang ke layarmujahidah kerana tiada apa-apa post terbaru dari ana...



SEMOGA ALLAH SEMBUHKAN MUADZ...

pertama-tamanya ana mohon kepada semua yang mengenali mahupun tidak, salah seorang warga SHAMS yang sedang terlantar sakit di ICU HUKM Cheras...
Saudara Muadz Azhar, Setiausaha BADAR, pelajar tingkatan 5 SHAMS, Muadz sedang terlantar di ICU HUKM...mari kita sama-sama berdoa, solat hajat dan bacaan Yasin untuk Muadz..semoga Allah berikan kekuatan kepadanya dan menyembuhkan beliau...insya Allah dengan berkat doa semua...jangan putus berdoa dan merayu kepada Allah!!!!


BERJIHAD SEBAGAI PENDIDIK...

kenapa???
adakah ana terlalu sibuk sehingga tiada masa menulis untuk islam???
kita wajib muhasabah diri setiap hari...
buat masa ini ana sedang bekerja...alhamdulillah...ana dapat tawaran untuk menjadi guru ganti selama sebulan setengah di SK.Dato' Bandar Rasah Seremban...
Ana mengajar subjek Bahasa Arab dan Al-Quran untuk pelajar darjah 1 hingga 5..
memang mencabar menjadi seorang pendidik pasa zaman sekarang kerana anak-anak sekarang tidak sama dengan anak-anak dahulu...ini adalah cabaran dan ujian buat diri ana...segalanya telah diatur sempurna oleh Allah...banyak perkara yang ana belajar dan muhabah diri ana sejak menjadi pendidik....ia membuka mata ana betapa besarnya jasa seorang guru...bukan senang bagi seseorang untuk memahamkan semua orang yang berlainan pemikiran...
nasihat daripada seorang sahabat ana.."menjadi seorang guru adalah menjadi pilihan Assyahid Imam Hassan Al-banna untuk beliau mengenal erti 'zuhud'..
Semoga Allah berikan ana kekuatan dan kesabaran untuk menempuh hari-hari ana sebagai seorang pendidik...
satu pengalaman yang tidak dapat ana lupakan...segala yang berlaku pada diri kita ada hikmah yang tersembunyi...
Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan ana....kuatkan semangat!!!
Doakan ana dan sahabat-sahabat semoga terus thabat dijalan-NYA...syukran jazilan kepada semua sahabat ana yang memberikan kata-kata semangat buat diri ana!!!




takkan surut walau selangkah
takkan henti walau sejenak
cita kami hidup mulia
atau syahid mendapat syurga

MA'AT TAUFIQ WANNAJAH BUAT SEMUA SAHABAT ANA
KUATKAN SEMANGAT UNTUK MEMBANGUNKAN ISLAM!!!
TAKBIR!!


alfaqirilallah
nursyuhadamohdshapeni
1146pm

Monday, March 16, 2009

~..al-faqir ilallah..~

ASSALAMU'ALAIKUM...asiff jiddan lama tidak menyinggah di layar mujahidah...

bermacam-macam yang terjadi dalam hidup seorang mujahidah ni...sepanjang peninggalan ana selama lebih kurang seminggu...berbagai episod penting yang berlaku dalam kamus hidup insan yang kerdil lagi banyak buat dosa pada Allah saban hari...



EPISOD PERTAMA...

di kesempatan ini ana ingin mengucapkan mabruuk 'alaik kepada semua sahabat sahabiyyah ana atas kecemerlangan kalian dalam SPM baru-baru ini...keep it up.....make more effort to further your study...

ingat...segala keputusan yang Allah kurniakan pada kita ada hikmah di sebaliknya...syukur pada Allah atas segala keputusan biar baik mahupun kurang baik...everything come from Allah...kita dah do'a yang terbaik...segala keputusan yang Allah bagi adalah yang terbaik untuk kita...segala musibah atau perkara yang tidak baik berlaku pada diri kita adalah tanda Allah sedang menguji tahap keimanan kita...sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat-Nya...sejauh mana kita masih menadah tangan memohon ma'firah dan keredhoaan Allah...sejauh mana dahi ini masih sujud pada tikar sejadah...jika kita diberi nikmat dan kesenangan hidup contohnya seperti kecemerlangan dalam pelajaran...itu juga adalah salah satu daripada ujian Allah...Dia nak lihat sejauh mana kita bersyukur...sejauh mana kita menghargai pemberian-Nya...ingat sahabat-sahabatku...tingkatkan 'ibadah kepada Allah meskipun kita diuji dengan ujian yang cukup berat...Allah menciptakan jin dan manusia hanya untuk beribadah kepada-Nya...
jangan rasa diri kita masih muda remaja, banyak masa untuk 'enjoy'..tak perlu buat ibadah banyak-banyak...ajal maut di tangan Allah...bila-bila masa sahaja kita akan dijemput oleh Allah untuk menghadap-Nya...buat persediaan untuk diri sendiri...sebagaimana kita bertungkus-lumus berjuang habis-habisan hanya untuk SPM selama sebulan...mengapa tidak kita korbankan masa tidur di dunia ini...masa berehat-rehat,masa bersenang lenang...gunakan masa ini untuk dekatkan diri pada Allah...teringat lagu nasyid Nazrey Johani "bila selangkah kurapat pada-MU, seribu langkah KAU rapat pada-KU....ingat sahabat-sahabat yang ana sayangi...masa yang kita ada selepas keputusan SPM ini sangat berharga...berakhir satu episod yang ditunggu-tunggu selama ini...ALHAMDULILLAH...



EPISOD KEDUA...
SAHABAT-SAHABAT...

dalam waktu kita sedang sibuk untuk mengisi borang-borang serta surat-surat tawaran IPTA/IPTS...jangan sesekali kita lupa untuk berdo'a memohon kepda Allah supaya dipermudahkan segala urusan kita untuk membuat pilihan yang terbaik demi masa depan kita...ROBBI YASSIR WALA TU'ASSIR YAA KARIIM...buat solat istikharah supaya Allah menunjukkan kepada kita apa yang terbaik untuk kita menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya...buat pilihan yang tepat untuk universiti atau mana-mana IPTA/IPTS kerana disitulah tempat kita untuk menabur segala keringat dan penat lelah untuk meneruskan perjuangan yang lebih mencabar selepas ini...berhadapan dengan bermacam-macam kerenah manusia...moga Allah tetapkan hati kita pada jalan yang SATU...walau apa pun bidang pengajian yang kita tuntut...jangan lupa luangkan masa untuk ISLAM...



EPISOD KETIGA...

selepas mengambil keputusan SPM di sekolah tercinta lagi disayangi...ana dan beberapa orang sahabat terus bergegas ke KPJ Seremban untuk melawat Ustaz Muaz yang ditimpa kemalangan....SYAFAKALLAH YA USTAZ...
marilah kita bersama-sama mendo'akan kesejahteraan dan kesihatan Ustaz Muaz supaya kembali stabil dan sihat...insya Allah...berkat do'a semua semoga Ustaz Muaz cepat sembuh...
sungguh besar ujian yang Allah berikan kepada Ustz Muaz kerana Allah tahu Ustz Muaz mampu untuk menghadapinya...ujian tanda Allah sayang pada hamba-Nya...


akhirul kalam dari ana....gunakan masa yang Allah beri kepada kita semua untuk dekatkan diri kepada-Nya...jangan sombong dengan Allah...ingat...segala yang ada di dunia ini hanya pinjaman dari Allah...tiada guna kita menyombong diri dengan Allah....sepatutnya kita merasa malu dengan Allah atas segala nikmat yang dicurahkan...Allah akan sayang kita kalau kita ikut segala perintah dan tinggalkan larangannya...jangan tinggalkan Al-Quran panduan kita umat ISLAM...
segalanya ada dalam Al-Quran...baca,hafaz dan cuba untuk memahami qalam Allah..segala masalah yang mendatang kembali kepada Allah...muhasabah diri...sebagai hamba kita tidak akan lari dari membuat silap saban hari...kadang-kadang pagi-pagi kita beriman kepada Allah....tetapi bila petang menjelang...wallahua'lam....do'akan semoga Allah tetapkan hati kita dalam IMAN dan ISLAM...

ALLAHUMMA YA MUQALLIBAL QULUB
THABBIT QULUBANA 'ALA DIINIK
WA'ALA TO'ATIK..
barakallahufikum....moga Allah melimpahkan rahmat buat kita semua...insya Allah...salam kecemerlangan...buat adik-adik ana di SHAMS...teruskan perjuangan kalian....intansurullaha yansurkum wayuthabbit aqdamakum...

Tuesday, March 3, 2009

..::HANYA DO'A SENJATA KITA::..

...YAKINLAH PADA JANJI ALLAH...


Serahkanlah segala peristiwa yang kita alami kepada ALLAH s.w.t.. Apa pun yang kita terima, kita perlu bertawakal kepada-NYA dan berpegang teguh kepada janji-NYA. Jangan sesekali berburuk sangka kepada ALLAH s.w.t. dan sentiasalah redha pada setiap yang telah ditentukan-NYA. Insya-ALLAH, kita tergolong dalam orang-orang yang mencapai kemenangan.



Kalau kita merasakan ketenangan dan kebaikan sesuatu dan sentiasa berpegang teguh kepada ALLAH s.w.t. pada setiap ujian dan keadaan yang kita alami, Insya-ALLAH kita akan dapat pertolongan, petunjuk, bantuan dan perlindungan daripada ALLAH. Apabila pertolongan ALLAH sudah kita rasai, maka bersyukurlah selalu dan yakinlah; hati yang resah akan menjadi aman.Ketika Nabi ALLAH Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang marak menyala, baginda tetap yakin dan bertasbih; "hasbunaLlah waniqmal wakil." Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Lalu ALLAH jadikan api yang menyala itu sejuk. Ketika RasuluLlah s.a.w. dan para sahabat diancam bunuh oleh orang kafir dan tentera berhala, mereka tetap membaca surah Ali-'Imran ayat 173-174 yang maksudnya; Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar daripada ALLAH, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan ALLAH. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar.



Bila kita bertambah yakin kepada ALLAH dan serahkan diri kepada ALLAH, Insya-ALLAH segala dukacita masa lalu akan berakhir. Janganlah berduka bila kenangkan dan perhatikan perbuatan orang lain yang mengguriskan perasaan. Sesungguhnya, manusia tidak mempunyai kekuatan untuk mematikan atau menghidupkan walau sekecil mana pun nyawa atau sekelumit mana pun keadaan. Manusia juga tidak dapat berikan ganjaran terhadap segala perbuatan orang lain. Kerana manusia itu bersifat lemah dan tidak punya kuasa. Segala kuasa yang ada di muka bumi ini adalah hak ALLAH.


Menjadi manusia kita kena yakinkan diri terhadap kekuasaan ALLAH. Semua yang berlaku kepada kita adalah dengan izin ALLAH. Dekatilah diri kepada ALLAH, berserah diri kepada-NYA, redha terhadap segala yang telah ditetapkan-NYA, dan penuhi hati dengan zikirullah dan menyintainya dengan sepenuh hati. Insya-ALLAH kita akan dapat memakmurkan hidup yang hakiki. Kemakmuran yang paling indah yang tidak ada bandingnya di dunia ini. Hanya kita yang merasainya, hanya kita yang menikmatinya.


Jangan pernah berhenti berdoa. Doa itu bukan sahaja ibadat, tetapi talian hayat yang mengakrabkan kita dengan Yang Maha Pencipta dan akrabkan kita dengan insan-insan yang kita doakan. Doa mendekatkan yang jauh, doa mengakrabkan yang dekat, doa mengukuhkan ikatanyang ada, doa meleraikan kekusutan, doa mengamankan yang bergelora dan doa menyelesaikan persoalan yang mendera.



Berdo'alah! Y A K I N LAH!






Lebih kurang seminggu lagi dari sekarang....keputusan SPM 2008 akan diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia....perasaan bercampur baur...berdebar-debar, takut, tangan dan kaki sejuk(mungkin)...hati tidak senang duduk di rumah...asyik memikirkan segala kemungkinan yang berlaku....

Setelah hampir sebulan berhempas pulas ketika menduduki kertas SPM yang pertama, kertas Bahasa Melayu hingga kepada kertas yang terakhir iaitu kertas Pendidikan Syariah Islamiah(2), tibalah masa yang sangat gerun bagi semua calon SPM 2008 SKK SMKA Sheikh Haji Mohd Said....

Titipan nasihat dari ana....semoga kita semua tidak putus berharap dan berdo'a hanya kepada Allah...serahkan segala yang telah kita usahakan hanya kepada-Nya...segala yang berlaku dengan izin Allah Yang Maha Agung...mesti terima dengan hati terbuka segala kemungkinan yang berlaku...


Ana teringat kata-kata seorang yang boleh dikatakan sangat rapat dengan kami...katanya "terima segala keputusan yang telah ditentukan..."apa-apa keputusan terima dengan redha...cemerlang jangan lupa diri...kurang cemerlang jangan putus asa...ada hikmah apa yang berlaku...perjalanan panjang lagi buat adik-adik Ustaz..."
antara bait-bait kata yang harus dipegang oleh semua...

Akhir kalam....jangan putus berdo'a kepada Allah....segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya...jika kita tidak cemerlang sekarang...insya Allah mungkin kita cemerlang pada masa-masa akan datang...rezeki itu datangnya dari Allah...


Ma'a taufiq wannajah buat semua sahabat di SHAMS (batch 2004-2008) terutama sahabat seperjuangan ana yang sanggup bergembira dan bersusah payah bersama...

khususan ila...sahabat usrah
AINAL MARDHIAH, NORAINI, FARAH HANISAH, NURUL HANIS, NUR AIN IZZATI, NURHANIS, SITI ATIQAH
SYAHMI SYAZERIL, MUHAMMAD SAFWAN, HAIRI, KHAIRI HAZIQ, UWAIS, FITRI, NAZIRUL MUBIN, AIZUDDIN


INGATLAH PERJALANAN KITA MASIH JAUH....
JANGAN BERPUTUS ASA DAN TERUSLAH BERDO'A...
KEHIDUPAN SELEPAS INI LEBIH MENCABAR BUAT KITA SEMUA
SALAM KECEMERLANGAN



Wednesday, February 25, 2009

~..:: SESEKALI DIUJI..::~

...SESEKALI DIUJI...



apa jua bala bencana singgah menerpa
menguji jauh mananya sabar kita
mungkin selama ini kita terlupa


kita terlalu leka dengan nikmat kurniaan-Nya
maka diberi sedikit ujian
menguji tahap keimanan dijiwa


bila kesusahan
terasa hidup terlalu payah
berbagai persoalan menerjah
baru minta petunjuk hidayah


usah berputus asa
kerana ada rahmat disebaliknya
yang tidak kita ketahui
dalam hidup ini teruslah berdo'a
pada Allah
Pengasih Pemurah dan Penyayang



YA ALLAH...SESUNGGUHNYA UJIAN INI ADALAH TARBIYYAH DARI-MU

PINJAMKANLAH SEDIKIT KEKUATAN KEPADA HAMBAMU YANG HINA INI

MOGA DIRI INI BISA TABAH MENGHADAPI UJIAN DARI-MU

INSYA ALLAH...



Sunday, February 22, 2009

Ke Mana Hilangnya Kekuatan Diri??

Bismillahirrahmaanirrahim....

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.- SurahAl-Imran ayat 139


Pertemuan di SHAMS tercinta benar-benar membuatkan hati ini runsing dan gelisah....

Bertemu dengan sahabat terasa segala masalah yang membebani otak ini beransur-ansur hilang...
Melihat raut wajah adik-adik menguatkan lagi diri ini untuk menempuhi segala dugaan-Mu ini Ya Rabb.....setiap pertemuan pasti ada perpisahan...pabila detik perpisahan itu terjadi, segala masalah yang telah hilang buat sementara waktu, datang bertandang kembali satu-persatu ke lubuk hati....Ya Allah...ana tidak sanggup untuk berhadapan sendirian...


Dada menahan sebak.....akhirnya menitis jua air mata ini....memujuk hati dengan ayat-ayat Allah lebih mendamaikan.....bertenanglah duhai hati....Allah sentiasa mendengar rintihan hambanya bahkan Dia sering merindui saat itu....


Syuhada.....kuatkan semangat...ini ujian dan tarbiyyah Allah.....learn from your mistake...learn to accept...you must learn everything.......kau mujahidah....mesti kuat...jangan mudah mengalah pada masalah yang kecil....kau harus menjadi setabah Sumayyah...Saidatina Aisyah...Saidatina Khadijah....dan ramai lagi srikandi Islam yang harus kau contohi...


Ingat...ujian tanda Allah sayang pada kita....syukran jazilan buat sahabat yang sentiasa di sisi...barakallahufikum....

Moga Allah menghadiahkan ketenangan buat hati ini....



Thursday, February 19, 2009

~NASIHAT BUAT DIRIKU DAN SEMUA DA'IE..~

Ikhwah wal Akhawat, Para Junudud Dakwah !!
Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Jika engkau cinta maka dakwah adalah FAHAM
Mengerti tentang Islam,
Risalah Anbiya dan warisan ulama
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya
Seperti Mughirah bin Syu'bah di hadapan Rustum Panglima Kisra
Jika engkau cinta maka dakwah adalah IKHLAS
Menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkaryaSeperti Kata Abul Anbiya,
"Sesungguhnya solatku ibadahku, hidupku dan matiku semata bagi Rabb semesta
"Berikan hatimu untuk Dia,katakan "Allahu ghayatuna"
Jika engkau cinta maka dakwah adalah AMAL
membangun kejayaan ummat bila dan di mana saja
beradayang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan, al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat hingga negara
Tingkatkan kerja secara tertib untuk mencapai nusrah dari Allah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah JIHAD
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan.
Tinggikan kalimah Allah rendahkan kalimah syaitan durjana
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya,
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangkutangan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAAT
Kepada Allah dan Rasul, Alqur-an dan Sunnahnya
serta orang-orang bertaqwa yang tertata
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah
nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TADHHIYAH,
Bukti kesetiaan dan kesiapan memberi,
pantang memintaBersedialah banyak kehilangan dengan sedikit menerima
Karena yang disisi Allah lebih mulia, sedang di sisimu fana belaka
Sedangkan tiap titisan keringat berpahala lipat ganda
Jika engkau cinta maka dakwah adalah THABAT,
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan
Buah dari sabar meniti jalan, teguh dalam barisan
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAJARRUD
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da'i sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya sampingan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TSIQOH
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan Junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah UKHUWAH
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin
Salamatus Shodri merupakan syarat terendahnya,
Itsar bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da'ie dalam cinta-Nya
berjumpa karena taat kepada-Nya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah, saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

Wednesday, February 18, 2009

~Manisnya Ukhuwwah~

Bismillahirrahmanirrahim....

Tiada apa yang ingin saya coretkan disini...

Cuma hanya untuk berkongsi suka duka kehidupan bersama sahabat-sahabat saya...semoga menjadi iktibar dan pembakar semangat kepada kita semua untuk teruskan perjalanan dakwah yang penuh mehnah dan tribulasi ini...

Sejak beberapa minggu yang lalu, kami sering keluar bersama untuk menghadiri beberapa program bersama naqibah kami..Ukht Khajar...melihat kepada raut wajahnya serta suami, Ustz Fahri membuatkan hati kami sejuk dan hilang segala masalah yang berserabut di kepala dan perlu kami tempuhi sebelum kaki melangkah keluar dari teratak masing-masing...raut wajah mereka juga menunjukkan kesungguhan berjihad di jalan-Nya...mengajar kami erti kesabaran dan amal jama'ie...

Menyakinkan ibu bapa bukan senang..perlukan kesabaran yang tinggi...hati berdebar-debar ketika mulut berbicara...selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sering meniti di bibir..syukran Ya Allah kerana permudahkan urusan kami...itulah fasa yang harus kami lalui setiap kali ada panggilan JIHAD...TAKBIR!!!!! teringat firman Allah.."intansurullaha yansurkum wayuthabbit aqdamakum..."kata-kata yang sering saya pegang...pabila kaki mula melangkah keluar dari rumah..."bismillahitawakkal tu'alallah" mengatasi segalanya...



Tiba-tiba hati ini sangat merindui semua sahabat walaupun baru beberapa hari bersua...kalau diizinkan Allah...setiap hari saya ingin menatap wajah mereka...teringat 2 orang sahabat di PLKN...apa khabar kalian di sana? moga kalian berada di bawah lembayung dan rahmat Allah...


~..Rindu kerana Allah...~

Panggilan telefon dari seorang sahabat saya di PLKN..menyebabkan hati kecil ini tersentuh sekali lagi...suara yang sayu di hujung talian membuatkan saya tertanya-tanya..."kenapa nie? ade masalah ke?, cakap la..." dia terus membisu seribu kata...rupanya die menangis!!!!!!!! tidak sanggup mendengar sahabat saya yang dirindui menangis teresak-esak....butiran yang keluar dari mulutnya kurang jelas dek kerana tangisan yang menandingi kata-kata..saya terus bertanya lagi.."kenapa nie? cakap la..." tanpa disedari mutiara jernih turut keluar dan merembes ke pipi...YA ALLLAH!!!!....bantulah sahabat ana di sana...akhirnya butiran kata yang ditunggu-tunggu terpacul keluar dari mulutnya..."sebenarnya rindu sangat kat korang semua..."hanya kerana dia rindu kat kami semua dia sanggup menelefon kami...alangkah tersentuhnya hati ini...
hanya golongan yang berukhuwwah sahaja bisa merasai kemanisan berukhuwwah... :-( Saya cuba menenagkan dirinya dengan ayat-ayat Allah....hanya itu sahaja yang bisa menjadikan hati kita tenang dan damai...



~...la yukallifullahunafsan illawus'aha...~

Beberapa minggu yang lalu kami bertiga pergi melawat seorang sahabat kami di PLKN...
ingin mengubat kerinduan yang kian menebal...setibanya kami di pusat latihan PLKN tersebut...kelihatan gelagat beberapa pelatih sedang makan di kantin...kami dibawa oleh pelatih yang bertugas ke kantin untuk menunggu sahabat kami yang dirindui...

Hati tertanya-tanya bagaimana agaknya wajah sahabat yang sudah lama tidak bersua muka...hanya suara kedengaran di telefon..hati berdebar-debar...beberapa saat kemudian seseorang memeluk saya dari belakang.....AIN!!!!!!! Ya Allah....rindunya pada sahabat...alhamdulillah Allah telah menemukan kami...

Kami menggunakan masa yang ada sebaiknya untuk bersama sahabat yang dirindui....
kami berbual dan mendengar cerita hangat dari Ain....macam-macam pahit manis yang perlu dilalui olehnya di PLKN...suasana bi'ah yang belum pernah kami rasai...bi'ah ma'siyyah mungkin...Ain bercerita dengan penuh perasaan, kami yang lain hanya tercengang aje...
saya dah semakin takut dengan cerita Ain...teringat kata-kata Ustz Fahri "ustz tak boleh bayang kalau Syuhada atau Aini yang masuk PLKN..." mmg tekaan ustz tepat sekali....Ain seorang yang tabah dan kuat...dia mampu hidup dalam keadaan bi'ah yang bercelaru di situ...

Teringat ayat Allah..."la yukallifullahu nafsan illawus'aha...." Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya...sebab itu segala yang berlaku pada diri kita ada hikmahnya dari Allah...hanya Dia sahaja yang mengetahui kemampuan hamba-hamba-Nya...
insya Allah...Ain dan sahabat SHAMS yang berada di sana sentiasa dipelihara Allah...Allah tahu hanya Ain dan Tiqah sahaja yang mampu memikul ujian yang dahsyat di situ...banyak pengalaman yang kami peroleh sepanjang perjalanan...memgingatkan kami kepada Yang Maha Pencipta...



~ Ya Allah...permudahkan urusan kami..~

Buat masa sekarang kami sedang mencari 1 masa lagi untuk melawat seorang lagi sahabat kami di PLKN...kami belum pernah lagi melawat Tiqah di sana....semoga dia sentiasa dilindungi Allah...
sabar ye Tiqah...insya Allah kami akan sampai kat anti nanti...semoga Allah permudahkan urusan kami ke sana....insya Allah...robbi yassir wala tu'assir ya kariim...


~SELAMAT HARI LAHIR UHKT KHAJAR...~

Di kesempatan ini, saya dan sahabat-sahabat ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada naqibah yang kami sayangi....semoga kak hajar dan keluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah Yang Maha Esa.....syukran atas segala pengorbanan akak terhadap saya dan sahabat-sahabat yang lain...kami harap hadiah dari kami yang tak seberapa mampu membuat akak gembira....SELAMAT HARI LAHIR.....



Tuesday, February 17, 2009

Hatiku Tersentuh....

TEMAN SEJATI
Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
Bersyukur kini pada-mu Illahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui
Dengannya disisi perjuangan ini
Senang diharungi bertambah murni
Kasih illahi
Kepada-mu Allah kupanjatkan do'a
Agar berkekalan kasih sayang kita
Kepadamu teman kupohon sokongan pengorbanan dan pengertian
Telahku ungkapkan segala-galanya
Teman..bersamalah kita semaikan persahabatan ini
Dengan keimanan
Teruskanlah perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Kepada-mu Allah kupohon restu
agar kita kekal bersatu
Kepada-mu teman teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telahku ungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya kejujuran kita
Kumencari-cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci....

Monday, February 16, 2009

Memujuk Hati yang Duka...

ASSALAMU'ALAIKUM....maaf sebab saya dah lama tak hantar post kat sini...
Semoga sedikit cebisan peringatan dan nasihat ini dapat kita kongsi bersama untuk menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi di dalam medan dakwah ini...semoga kita terus istiqamah dan yakin dengan jalan ini...

Banyaknya Dugaan: Kita Bertanya-Al-Quran Menjawab

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep “ujian” di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu???

Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah….dan bacalah Al Quran…sesungguhnya, banyaklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya……segala jawapan ada di dalamnya….

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mahu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg berima.- SurahAl-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).- Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk- Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

……dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12

..."DENGAN MENGINGATI ALLAH ITU HATI AKAN MENJADI TENANG...."

Tuesday, February 3, 2009

Langkah Pertama

Kak Khajar& Ustz Fahri

Mungkin ramai yang mengenali 2 insan ini....selepas kedua ibubapa, merekalah yang membawa diriku seta sahabat sahabiyah ke alam dakwah yang belum pernah kami tempuhi. Walaupun semasa di sekolah dahulu kami memegang jawatan dalam organisasi BADAR, namun ia hanyalah terbatas dalam konteks sekolah...sekarang kami telah bergelar bekas pelajar...banyak agenda yang perlu kami laksanakan...


2 insan inilah yang mengajar dan membuka mata kami tentang kepentingan usrah...tanggugjawab sebagai seorang da'ie dan sebagainya..mereka sanggup mengeluarkan belanja...firman Allah dalam surah At-Taubah ayat ke-20 yang bermaksud "orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan HARTA BENDA dan DIRI mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan" itulah janji Allah kepada mereka yang sanggup menggadaikan harta benda dan diri demi memastikan ISLAM ditegakkan...masa bersama keluarga dan sahabat ditinggalkan demi memastikan kami tidak 'terbiar' dan dipengaruhi oleh anasir2 luar yang semakin mengganas...kami amat bersyukur kepada Allah kerana menemukan kami dangan 2 insan ini...semoga jalan yang kami pilih ini mendapat keredhoan dah rahmat dariMU...

Kak Aja dan Ustz sering mengingatkan kami tentang kepentingan usrah...
"Usrah la yang akan mengikat diri kita supaya sentiasa mengingati Allah...menjaga diri kita supaya tidak mudah terpesong dan tergelincir ke dalam bi'ah ma'siyyah.."masih terngiang di telinga saya tentang pesanan Ustz kepada saya dan sahabat lain "sape yang x join usrah bile dah masuk matrik/U nnti...ustz cari dia sampai dapat...!" begitu tegasnya ustz kerana mahukan kami sentiasa berada dalam usrah dan tidak lalai dengan kehidupan di matrik/U yang semakin mencabar...kerana dengan usrah adalah tonggak kita untuk menegakkan syi'ar Islam....

Pada tanggal 4 dan 5 Disember lalu bermulalah 'tamrin' pertama untuk kami semua...memang mencabar tamrin kami...bermula di SMKA SHAMS..kami dihantar ke Terminal 1..naik bas ke PD...mula-mula kami dibahagikan kepada 2 kumpulan....ahli dalam kumpulan saya ialah Aini, Hanis, Ain, Mubin, Hairi, Fitri....kami dihantar ke 'Term 1' short term yang kami sume gunakan.. naik kereta Ustz Saiful Naza plak 2...rupa-rupanya Ustz Muaz yang hantar kami ke term 1...
dalam kereta Ustz Muaz pun memberikan arahan yang pertama....macam program 'treasure hunt' pulak... "ok, dalam group nie, Syuhada, anti jadi ketua...semua org kene ikut arahan Syuhada...faham?.." masa 2 saya yang duduk di sit blakang terkejut dan muka rasa panas sebab takut dan malu...bukan itu jer...dah la kene jadi ketua untuk muslimin skali...!!! x pernah dibuat orang... :-( kami muslimat yang duduk belakang saling berpandangan...pelik! tapi Ustz Muaz kata " tak pe...kamu sume ikut je cakap Syuhada.." muslimin mula gelak2...ini cabaran pertama...
sampai jer kat term 1...kami ditinggalkan camtu jer..pandai-pandai kene cari bas pegi PD....
terus terang saya cakap, saya tak pernah naik bas sebelum nie....macam2 rase...takut? malu? sume ade....tapi Alhamdulillah...kami akhirnya sampai ke destinasi yang kami tuju..walaupun sedikit terlewat dari kumpulan yang lagi satu.....kumpulan nie Syahmi jadi ketua..anak-anak buahnya ialah Ainal, Hanis, Farah, Tiqah, Uwais, Khairi Haziq dan Muhammad...kira ok la Syahmi jadi ketua...

Lepas jer sampai...kami semua terus solat Asar...sebab sampai lambat...dalam pukul 5.30 petang...Mayangsari di PD menjadi saksi pertemuan kami semua...lepas itu kami dibawa ke pantai PD yang amat luas dan cantik...masya Allah...tiada kuasa lain yang boleh menandingi kuasa Allah yang maha Menciptakan sesuatu..."berjalan bermusafirlah melihat kebesaran TUHAN yang menciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur..." hanya orang yang berfikir tentang kejadian Allah yang maha Besar ini akan bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Nya kepada kita..."dengan memgingati Allah itu hati-hati akan menjadi tenang"...


Kami semua(muslimat) mengenakan baju BADAR baru yang berwane OREN, barulah ade fikrah!
rupa-rupanya kami ada barbeque petang tu....setiap group diberi satu alat untuk masak barbeque...
group saya masak ayam sampai hangus....tapi itulah antara slot yang dirancang oleh senior2 kami untuk memantapkan lagi ukhuwwah antara kami...pada sebelah malamnya kami diberi pengisian oleh Ustz Muhammad yang baru balik dari Jordan...ustz menerangkan tentang kepentingan usrah..mengapa kita menganut agama Islam...jika ditanya kepada orang Islam sendiri pasti ada sebahagiannya yang tidak tahu mengapa mereka menganut Islam...jawapannya amat mudah...kerana ISLAM adalah cara hidup yang sempurna...ISLAM lah yang mengajar kita cara hidup yang sempurna meliputi seluruh aspek dalam kehidupan...bermula dari bangun dari tidur..dengan adab-adab serta doa-doa yang diamalkan sehinggalah kita kembali untuk tidur semula...semua telah diatur oleh Allah dan diajar oleh ISLAM...pada malam itu juga kami ada slot muhasabah...bagi menyelesaikan segala masalah kami...bagi slot itu...hanya kami sahaja yang tahu apa yang berlaku pada malam itu....saya pasti semua sahabat tidak akan melupakannya...program pertama di PD membawa seribu erti buat kami semua...ukhuwwah kami semakin rapat selepas program itu...agenda kami selepas ini adalah mesti komited terhadap kerja-kerja yang akan kami lakukan selepas ini...insya Allah...moga dipermudahkan oleh Allah untuk kami menjalankan kerj-kerja dakwah ini...itulah antara cabaran pertama kami sebagai seorang yang memikul tanggungjawab sebagai da'ie...syukran yang tidak terhingga sekali lagi kepada Kak Aja dan Ustz Fahri serta ustz-ustz yang lain kerana mengatur satu prgm untuk kami semua...barulah kami mengenal apa erti usrah yang sebenar...

Monday, February 2, 2009

Syukran Jazilan...


AYAH DAN IBUKU




Merekalah yang mula mengenalkanku kepada jalan dakwah yg semakin mencabar ini....

Syukran jazilan buat kak Hajar dan suami kerana 2 insan ini telah membawaku mengenali jalan dakwah yg dapat membimbingku ke jalan yang benar....

Sebelum saya bercerita dgn lebih lanjut tentang 2 insan ini...ada lagi 2 insan yang lebih mengerti tentang kehidupanku selain DIA yang maha Esa...

Buat ibu dan ayah....kak ngah bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan insan yang memahami kerenah anak ke-2mu ini yang semakin meningkat dewasa dan mula mengenali erti hidup Islam yang sebenar...saya dilahirkan dalam keluarga yang cukup memahami ISLAM...alhamdulillah...

buat masa nie..ayah dan ibu sedang cuba memahami apa yang sedang dilakukan olah anaknya ini...perihal USRAH,PROGRAM,LIQO' dan sebagainyer..

pada mulanya memang agak sukar untuk saya meyakinkan apa yang sedang saya lakukan selepas tamat SPM Disember lalu...kadang-kadang sibuk dengan usrah...perbincangan program dan segala aktiviti bersama sahabat terpaksa dilakukan dalam keadaan 'sirr wa hazar'...

"kita mengambil masa untuk meyakinkan ibubapa tentang apa yg kita lalui sekarang" kata seorang ukhti usrah kepada saya dan sahabat yang lain...kami semua mengangguk tanda setuju...lama kelamaan mereka akan faham...itulah yang pernah dilalui oleh ukhti-ukhti sebab mereka pun melalui fasa yang sama seperti kami semua...

Alhamdulillah..buat masa skrg..ayah dan ibu memahami ape2 yang sedang dan akan saya lakukan....ayah sudah mula berani dan yakin untuk melepaskan anaknye pergi progm atau ape2 aktiviti yang membina ukhuwwah saya dan sahabat2....

pada mulanyer saya agak terkejut dengan sikap ayah...tapi dia mula yakin apabila saya menyebut nama uhkti hajar dan suami....syukran ye kak!!! akak telah banyak meyakinkan keluarga saya...mungkin sejak kak hajar dan ustz fahri bertandang ke rumah...hati mereka berasa yakin dan percaya...sedang saya menulis blog ini, tiba-tiba ibu datang menghampiri computer ini....tengok apa yang sedang asyik saya lakukan tanpa henti dari pagi...

"bu, kak ngah buat blog la....cerita pasal kita semua, kawan-kawan, macam-macam lagi lah...." tapi reaksi ibu mula pelik...sebab ibu tak tahu sangat pasal teknologi ni...ape lagi, saya mula lah berceloteh kat telinga ibu...satu cubitan hinggap ke pipiku...."aduh...sakitla bu...."terkejut apabila terasa sakitnyer cubitan itu....."poyo la k.ngah ni..." ibu kate saya poyo sebab nak cerita macam-macam pasal keluarga dan sahabat-sahabat dalam blog nie.... insya Allah, saya akan manfaatkan blog ini untuk semua yang membaca....mereka-mereka inilah yang mewarnai hari-hari saya...

Segalanya bermula disini....

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamu'alaikum....salam ukuwwah fillah...

inilah kali pertama saya memberanikan diri untuk 'membina' blog sendiri...."ngah...x nak cube buat blog sendiri ke??...try la buat...tanyelah abg2 ngan akk2 nie..along x de mase nak buat...k.ngah buat la..nnti along boleh mengubat kerinduan kat korang sume.."antara bait2 kata yg ditulis oleh kak long yang sentiasa saya rindui ketika YM bersamanya...kata2 itulah yg mmbakar semangatku untuk mencari idea2 yg bernas serta cerita2 perjalanan kehidupanku yg penuh mehnah ini...hari2 yg kulalui bersama keluarga, sahabat sahabiyah, rakan se'fikrah', masyarakat sekeliling, menyorotku untuk menulis di blog ini...saya sebagai manusia yang baru dalam dunia penulisan ini ingin meminta tunjuk ajar dari senior2 untuk penambahbaikan blog ini...saya juga ingin meminta nasihat dari semua untuk mempersiapkan diri sebagai seorg da'ie yang baru bertatih dalam dunia dakwah yang penuh mehnah dan tribulasi...