Wednesday, August 19, 2009

~bulan RINDU~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Allah kerana masih memberi kita pinjaman nyawa sekaligus memberi kita nikmat IMAN dan ISLAM serta dua nikmat yang sering dilupakan manusia; nikmat SIHAT dan MASA LAPANG. Seinfiniti kesyukuran juga dipanjatkan kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk ana mencoretkan kata-kata di layarmujahidah ini..

Seminggu masa yang diberikan Allah kepada semua siswa dan siswi Darul Quran haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya...banyakkan muhasabah dan "koreksi" diri kita atas musibah dan ujian yang Allah turunkan kepada kita semua....

Ramadhan bakal menjelma lagi....
Ramadhan yang dinanti penyiram jiwa gersang...
membersih dosa yang bersarang...

Berdoalah pada Allah moga kita semua dipanjangkan umur dalam keberkatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada kali ini sehingga ke penghujungnya...
Mungkin RaMadhan pada kali ini amat berbeza buat diriku kerana setelah hampir 11 tahun berpuasa bersama keluarga tercinta...agak lama juga masa itu..sejak ana mula bertatih dalam mengenal erti puasa..

Kini..ana akan lalui sebulan Ramadhan di tempat yang baru..insya Allah..moga-moga ana dapat mengutip sejuta mutiara berharga disana...Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadhan pada kali ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas...jadikan puasa ini sebagai latihan menguruskan nafsu kita yang telah 11 bulan bersarang dan disogokkan dengan duniawi dan hasutan syaitan semata-mata.

Ramai masyarakat yang memandang puasa dari pelbagai sudut yang berbeza...ada yang memandang puasa ini dapat menjana ekonomi dan kewangan...ada yang memandang dari sudut kesihatan, tidak kurang juga yang memandang dari sudut "adat"yang bersifat ritual tanpa sifat-sifat spiritual.

"what you get is what you see"
Ini bermakna kesan puasa itu bergantung kepada sejauh mana kita "melihatnya". Jika wordwiew kita tentang puasa tepat, maka kita akan mendapat hasil yang tepat juga.
Bersama kita fikir-fikirkan dan muhasabah diri...

Jadikanlah puasa sebagai pusat latihan untuk kita menguruskan nafsu dan mengawalnya "sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.."surah Yusuf.
Jalanilah Ramadhan ini dengan penuh kesedaran,kefahaman dan penghayatan yang tinggi
Allah memberi sesuatu yang lebih tinggi dan mahal harganya di sebalik puasa, tetapi kita manusia leka dengan sesuatu yang rendah dan murah.

Ya,"what you get is what you see"..puasa umpama laut yang luas dan dalam, ada yang melihat sampah dan buih dipermukaanya, ada yang melihat ikan dan hasil laut didalamnya, namun ada yang mampu melihat "emas hitam"(petroleum) didasarnya. Kesan puasa tidak sama pada semua orang. Ia bergantung kepada cara kita melihat, tahap kita berusaha dan kemampuan kita menahan keperitan untuk mendapat rahmat, maghfirah dan barakahnya.

Moga-moga Ramadhan pada kali ini menghadiahkan taqwa yang dijanjikan Allah sejak lama. Bukan "lapar dahaga" seperti yang diterima sekian lama.
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
Wallahu'alam..